Pengarah Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yassin Hammoud berkata, Israel juga me­lakukan langkah drastik ke arah menghubungkan setiap terowong itu supaya menjadi bahagian penting ‘Bandar Yahudi’ yang dibina Israel di bawah dan di sekitar masjid berkenaan.
Menurutnya, Israel merancang untuk membangunkan dan meluluskan projek mega yang bertujuan mengubah ‘sifat’ Islam dan Arab pada Masjid al-Aqsa.
Laporan bertajuk Eye on al-Aqsa itu memantau dan merekodkan penjajahan Israel di Masjid al-Aqsa pada tahun lalu selain serangan ke atas 10,766 peneroka dan tentera al-Aqsa manakala 2,260 tahanan penduduk Baitulmaqdis.
Selain itu, laporan itu me­nyentuh isu bandar Baitulmaqdis dan pemindahan penduduknya serta tindak balas daripada pihak utama yang prihatin dengan keadaan Masjid al-Aqsa.
Laporan tersebut me­nambah, rakyat Palestin merangkumi 37 peratus daripada penduduk Baitulmaqdis, dan bilangan penganut Kristian di bandar tersebut didapati berkurang daripada 60,000 orang pada 1967 kepada 12,400 orang pada 2014.
Dalam perkembangan ber­asi­ngan, Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya yang berada di Gaza supaya me­ninggalkan wilayah itu secepat mungkin ekoran kemungkinan pengeboman seterusnya oleh rejim Zionis di kawasan tersebut.
Jabatan Negara AS berkata, keadaan keselamatan di Gaza serta sempadannya agak bahaya dan mereka diminta keluar secepat mungkin semasa pintu sempadan dibuka.