24 Disember 2014
Puluhan trak membawa bekalan simen dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui lintasan Kerem Shalom. |
RAMALLAH - PALESTIN. Palestin mendakwa negara pemberi dana masih gagal menyalurkan bantuan kewangan seperti dijanjikan untuk merealisasikan projek pembangunan semula di Genting Gaza.
Timbalan Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa memberitahu mereka masih belum menerima sebarang bantuan dari negara pemberi dana utama seperti Qatar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Turki.
Difahamkan, ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk menyalurkan bantuan dana berjumlah AS$2.7 bilion (RM9.4 bilion) ketika rundingan di Kaherah pada Oktober lalu.
"Situasi tersebut sememangnya akan menjejaskan usaha pembangunan semula wilayah Gaza kerana hanya sebahagian bantuan dana yang disalurkan kepada kami setakat ini," katanya lagi tanpa memberi butiran lanjut.
Sementara itu, Pengarah Operasi Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), Robert Turner memaklumkan kesan kemusnahan akibat peperangan selama 50 hari itu adalah lebih teruk daripada yang dilaporkan sebelum ini. - Press TV
No comments:
Post a Comment