Friday 25 July 2014

Lima sekeluarga mangsa terbaru Israel


Serangan udara dan kereta kebal tertumpu di Khuzaa berdekatan sempadan Israel dan daerah Abasan di mana pertempuran sengit berlaku sejak Selasa lalu kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra.
"Lima daripada keluarga Abu Daqqa termasuk bayi 18 bulan dan dua daripada keluarga Najjar terbunuh dalam serangan berkenaan," katanya.
Jasad mangsa ditemui dalam keadaan berkecai dan rentung, menyukarkan usaha untuk mengenal pasti mereka.
"Penduduk Khuzaa, Abasan dan Bani Suheila di Khan Yunis merayu untuk dibawa keluar dan mendakwa lebih ramai terbunuh di bawah runtuhan rumah," kata Qudra.
Konflik 16 hari setakat ini mengorbankan 736 nyawa rakyat Palestin manakala 32 askar Israel maut.
- Agensi
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

No comments:

Post a Comment