PARIS 24 Julai - Kira-kira 14,500 penduduk bandar raya ini mengadakan protes besar-besaran membantah serangan Israel di Gaza.
Perdana Menteri, Manuel Valls berkata, kerajaan sebelum ini, melarang penduduk mengadakan bantahan bagi menghalang apa yang dikenali sebagai 'anti-semitik, namun pihak penganjur memberi `jaminan keselamatan'.
Lebih 1,000 pegawai yang menyamar dan tidak memakai pakaian seragam dikerah berkawal sepanjang laluan perarakan itu, yang berakhir di kawasan Les Invalides, yang menempatkan beberapa kementerian.
Kesemua penunjuk perasaan yang menyertai bantahan itu membawa bendera Palestin sambil melaungkan `Boikot Israel' serta melaungkan 'Israel pembunuh' dan 'Panjangkan umur Palestin'.
Seorang penunjuk perasaan, Samira Cheblal berkata, dia datang dengan pesanan ringkas 'Hentikan pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak dan orang awam'.
Beberapa tempat lain turut mengadakan bantahan termasuk di bandar lain seperti Lyon, Toulouse, Lille dan Reims.
Menurut polis, sebanyak 16 orang ditahan di daerah Marais selepas percubaan memecah masuk sebuah restoran sambil menjerit 'menghina anti-Semitik'. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_03/Protes-besar-besaran-kecam-Israel#ixzz38Qex1O2O
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment