Friday 25 July 2014

Umat Islam wajib bantu Gaza - Qaradhawi


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi menegaskan bahawa pejuang dan rakyat Palestin tidak boleh dibiar bersendirian dalam menghadapi rejim Zionis Israel.

Menulis di Twitter beliau, Qaradawi berkata, seluruh dunia khususnya umat tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat rakyat Palestin diratah tentera rejim.

Katanya, antara tugas penting umat Islam ketika ini adalah menyokong Palestin dengan menyumbang makanan, bekalan perubatan dan juga senjata.

"Islam menganjurkan perpaduan tidak kira berapa banyak jumlah negara-negara Islam yang ada. Pejuang Palestin tidak boleh ditinggalkan sendirian," tulis beliau.

Beliau juga mengutuk sikap negara Arab yang berdiam diri dalam isu Palestin ini.

Malah lebih malang kata beliau apabila melabelkan Hamas sebagai pengganas.

"Melabelkan gerakan Hamas sebagai pengganas adalah satu tragedi," katanya.

Qaradhawi, dalam temu bual di televisyen sebelum ini, memuji ketabahan pejuang Palestin dalam menghadapi pencerobohan kejam tentera rejim Israel.

Beliau menegaskan adalah tanggungjawab bagi orang Islam untuk pemperjuang pembebasan Palestin. - HARAKAHDAILY 24/7/2014

No comments:

Post a Comment