• Beberapa penduduk membawa mangsa cedera mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.Beberapa penduduk membawa mangsa cedera mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 11 terkorban selepas rejim Zionis membedil sebuah lagi sekolah di bawah seliaan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) di selatan Rafah.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra memaklumkan serangan itu berlaku ketika penduduk Palestin sedang berbaris untuk mendapatkan bekalan makanan.

Difahamkan, ia adalah serangan ketiga dalam tempoh 10 hari yang menyasarkan pusat penempatan sementara di wilayah tersebut.

Dalam kejadian berasingan, kira-kira 22 orang termasuk beberapa kanak-kanak juga maut akibat serangan udara Israel di bandar terbabit.

Kelmarin, rejim Zionis turut memebedil masjid, kawasan kediaman dan sebuah universiti di barat Gaza.

Saksi mengesahkan pesawat pejuang F16 milik Israel membedil sebuah bangunan di kampus terbabit hingga menyebabkan kemusnahan yang besar di kawasan sekelilingnya, namun tiada kematian dilaporkan. - Press TV