Monday 4 August 2014

Putera Abu Dhabi, Raja Saudi bincang Gaza


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Ogos 2014


ARAB SAUDI - Putera Mahkota Abu Dhabi,  Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan bertemu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz di Arab Saudi, semalam.

Pertemuan itu bagi membincangkan cara untuk menghentikan konflik di Gaza, lapor Al-Arabiya yang memetik laporan agensi berita Saudi.

Selesai pertemuan, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed kelihatan diiringi Menteri Pengawal Kebangsaan Arab Saudi, Putera Miteb Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah.

No comments:

Post a Comment