Monday 4 August 2014

Pengacara Fox News anti-Palestin


Sean Hannity
LONDON 3 Ogos - Pelawak terkenal England, Russell Brand mengkritik hebat pengulas sebuah stesen televisyen Fox News, Sean Hannity kerana menggunakan kata-kata kasar terhadap seorang tetamu yang pro-Palestin dalam satu program televisyen.
Brand melalui laman webnya, The Trews Portal berita rt.com dipetik sebagai berkata, Hannity ketika mengacara satu program televisyen didakwa telah menghamun tetamu itu, Yousef Munayyer, dengan kata-kata yang kurang menyenangkan berhubung serangan Israel ke atas Gaza.
Dalam satu segmen dalam program itu, Hannity telah mengemukakan soalan: "Kenapa kumpulan hak asasi Islam terbesar di Amerika Syarikat (AS) atau CAIR menunjukkan simpati terhadap pengganas? Mari kita bahaskan."
Brand mendapati Hannity bertindak melulu dan tidak berasas dalam mengendalikan debat berkenaan.
Tambahnya, pengacara televisyen Fox itu didapati lebih cenderung mahukan konflik di Palestin berterusan berbanding keamanan antara Israel dan Palestin.
Hannity juga mahu tetamunya itu, yang merupakan wakil daripada Pusat Dana Baitulmaqdis dan Palestin itu, Yousef mengakui bahawa Hamas merupakan kumpulan militan di Gaza yang bertanggungjawab melancarkan beberapa roket ke wilayah Israel sebagai kumpulan pengganas.
Menurut Brand, Hannity yang pro-Israel tidak telus dan tidak bersikap berkecuali, secara agresif menjerit-jerit menentukan jawapan yang dikehendaki berbanding melakukan satu perbincangan terhadap faktor-faktor kompleks yang mendorong berlakunya keganasan di Gaza, keadaan tidak adil yang dirasai oleh penduduk Palestin.
"Selain itu, Hannity juga menggunakan perkataan berbentuk provokasi termasuk 'penculik' 'roket' 'pembunuhan.' Ini merupakan perkara-perkara yang buruk yang dilakukannya (Hannity)," kata Brand.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140804/lu_10/Pengacara-iFox-Newsi-anti-Palestin#ixzz39MyY9oqd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment