Monday 4 August 2014

Israel sahkan pegawai tenteranya terbunuh


GAZA CITY 3 Ogos - Tentera Israel mengesahkan seorang pegawai tenteranya yang didakwa diculik oleh pergerakan Hamas di Gaza, baru-baru ini terbunuh ketika menyertai operasi ketenteraan di wilayah Palestin itu.
Rejim Zionis Israel dalam kenyataannya berkata, Leftenan Muda Hadar Goldin, 23, daripada Unit Infantri Briged Givati disahkan terbunuh dalam pertempuran di Gaza, kelmarin.
Sebelum ini, Israel menuduh sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam menculik Goldin dalam satu serangan hendap di bandar Rafah, selatan Gaza serta membunuh dua lagi askar rejim Zionis itu, mendorong Israel memperhebatkan serangan ke atas Gaza bagi membebaskan Goldin.
Bagaimanapun Israel enggan mendedahkan sama ada mayat Goldin telah ditemukan atau tidak. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140804/lu_05/Israel-sahkan-pegawai-tenteranya-terbunuh#ixzz39N0vbwBL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment