Monday 4 August 2014

Kutuk Israel


Kuala Lumpur: Cuaca terik dan suasana Aidilfitri yang masih dirasai tidak menghalang lebih 10,000 rakyat berbilang kaum, termasuk warga asing berhimpun di Dataran Merdeka, di sini, semalam, bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel menyerang penduduk Palestin sejak sebulan lalu.
Perhimpunan aman selama dua jam bermula 3 petang bertemakan ‘Selamatkan Kanak-kanak Gaza’ anjuran bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif menyaksikan peserta melaungkan perkataan ‘Bebas Gaza’ dan ‘Bebas Palestin’. 
Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, program itu menjadi platform bagi menyatakan kemarahan rakyat dunia, terutama Malaysia, terhadap Israel yang sehingga semalam membunuh 1,368 penduduk Palestin dengan majoritinya orang awam, termasuk 341 kanak-kanak. 

“Usaha mengutuk tindakan Israel yang ditunjukkan rakyat di negara ini memberi tekanan kepada rejim Zionis itu dan saya harap ia diadakan secara berterusan di samping memberi sumbangan wang ringgit untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
Foto
SEBAHAGIAN orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka membantah kekejaman rejim Zionis, semalam.

“Malaysia adalah negara paling berani dan banyak memberi sumbangan kepada Palestin yang sebelum ini dipegang oleh Turki, sebab itu Israel melemparkan pelbagai tuduhan kepada negara ini seperti memberi latihan kepada pejuang Hamas,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu, semalam.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

No comments:

Post a Comment