KETIKA ini, bumi Gaza masih bermandi darah. Ribuan rakyat awam telah terkorban akibat bedilan peluru negara haram Israel.
Pada masa yang sama kita melihat hampir di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan tentera zionis tersebut. Tidak kurang juga yang umat Islam mengadakan solat hajat dan sebagainya di samping pelbagai pihak mengadakan kutipan derma.
Bahkan, kempen boikot produk Israel mula berjalan di sesetengah negara.
Namun, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang berani bertindak lebih daripada itu.
Sehingga kini, hanya beberapa negara Kristian dari Amerika Latin seperti Chile, Bolivia, Nicaragua, dan Venezuela telah menghalau keluar duta Israel dari negara mereka dan memutuskan hubungan diplomatik.
Sementara Peru, Ecuador, Chile, El Salvador, Costa Rica dan Argentina telah memanggil duta Israel dan ada yang mendesak tentera diundurkan.
Bagaimana pula dengan negara-negara Arab yang berhampiran dengan Gaza? Mereka hanya menjadi pemerhati tanpa hati! Lebih malang, Mesir telah menutup pintu masuk ke Gaza dan tidak memberi apa-apa bantuan serta menghalang orang lain pula.
Sepatutnya negara Arab-Islam malu kepada negara Amerika Latin yang letaknya jauh beribu batu tetapi dengan tegas mengkritik zionis Israel serta menghentikan urusan perdagangan sebagai langkah protes.
Sedangkan pada masa yang sama, negara Arab terus membisu dan menyalurkan minyak kepada Israel dan Amerika Syarikat yang merupakan sekutu dan “godfather” kepada Israel.
Hakikatnya, kritikan, sekatan perdagangan, boikot sukar melemahkan zionis Israel. Yang difahami oleh mereka hanyalah perlawanan senjata dengan senjata, peluru dengan peluru. Oleh sebab itu, zionis Israel amat gerun dengan keupayaan Briged Al-Qassam walaupun hanya bersenjatakan roket bumi ke bumi, senjata ringan dan senjata anti kere kebal. Bayangkan jika tentera Hamas mempunyai artileri! Sudah tentu zionis Israel angkat bendera putih.

No comments:
Post a Comment