Monday 4 August 2014

10 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu Israel


2014/08/04 - 10:19:58 AM

BANDARAYA GAZA: Kira-kira 10 rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel di sekitar Semenanjung Gaza pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,822 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata lima orang terbunuh di Jabalia di utara, tiga di kawasan sekitar bandaraya Gaza di Zeitun dan Sheikh Radwan, seorang di Nuseirat dan seorang kanak-kanak di bandaraya Rafah di selatan.
Askar Israel menyerang 4,686 sasaran di Semenanjung Gaza dalam konflik yang bermula pada 8 Julai lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment