Monday 4 August 2014

Netanyahu minta AS tidak paksa Israel setuju gencatan senjata



ASKAR-ASKAR Israel mula berundur ke negara mereka dari Gaza semalam.


LONDON - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu White House supaya tidak memaksa negaranya mengadakan gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Hamas, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Permintaan itu dibuat selepas gencatan senjata sebelum ini hanya bertahan selama 90 minit.
Satu sumber rapat memberitahu, memberitahu pemimpin Israel itu menasihatkan pentadbiran Obama untuk tidak membangkitkan isu mengenai gencatan senjata.
Netanyahu berkata, pendirian beliau terhadap isu itu harus dipercayai manakala Hamas enggan mematuhi dan terlibat dalam rundingan gencatan senjata.
Dalam satu panggilan telefon kepada Duta AS ke Israel, Dan Shapiro, tidak lama selepas gencatan senjata dicabuli pada Jumaat lalu, Netanyahu menyatakan kemarahannya dan beliau mahu White House menyokong tindakan beliau ke atas Hamas.
Pentadbiran Obama sebelum ini menyelar Hamas kerana didakwa bertanggungjawab melanggar gencatan senjata antarabangsa di Gaza dan menganggap tindakan menculik seorang askar negara itu sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment