BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas kelmarin berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dan sehingga matlamat mereka tercapai walaupun peperangan tersebut menyebabkan lebih 1,760 penduduk Palestin terkorban.
"Kami akan meneruskan perjuangan sehingga matlamat kami tercapai," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
Beliau berkata demikian tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa berjaya melemahkan Hamas sejak konflik berkenaan tercetus pada 8 Julai lalu.
"Netanyahu keliru dan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya berdepan dengan krisis," tambahnya.
Dalam pada itu, satu delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir semalam bagi mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir bagi mencari satu gencatan senjata di Gaza.
Kata sumber, delegasi itu diketuai pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Rishq tetapi Israel tidak menghantar sebarang wakil dalam perbincangan tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment