• Status Twitter #FreePalestine yang dimuat naik Rihanna pada 15 Julai laluStatus Twitter #FreePalestine yang dimuat naik Rihanna pada 15 Julai lalu

Status Twitter Rihanna yang dimuat naik pada 16 Julai menggantikan status #FreePalestine.
Status Twitter Rihanna yang dimuat naik pada 16 Julai menggantikan status #FreePalestine.
HOLLYWOOD – LOS ANGELES. Selebriti antarabangsa, Rihanna, menyuarakan sokongan terhadap rakyat Gaza melalui hashtag #FreePalestine di laman Twitternya pada 15 Julai lalu.

“Mari berdoa kepada penduduk yang berada di Palestin dan seluruh dunia,” katanya melalui sebuah lagi status yang dimuat naik pada hari sama.

Namun status-status tersebut hanya bertahan selama beberapa minit sebelum penyanyi yang terkenal dengan single ‘Diamond’ itu memadam status tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak disengajakan.

Dia kemudiannya memuat naik status lain menjelaskan punca kedua-dua status tersebut dipadamkan dari laman Twitternya.

“Saya ingin tampil untuk menjelaskan mengenai dua status saya yang telah dimuat naik pada awal hari ini yang berkisar mengenai doa kepada orang-orang di Palestin serta Israel.

"Selepas menerima pendapat daripada beberapa peminat dan pengikut saya, saya menyedari bahawa ada pihak dan individu yang terluka setelah membaca status saya. Dengan itu saya ingin meminta maaf di atas status yang telah dimuat naik,” katanya.

Keesokan harinya, dia memuat naik gambar dua kanak-kanak lelaki Gaza dan Israel berdiri bersama-sama sambil meletakkan tangan di bahu satu sama lain.

Rihanna turut menyertakan status pada gambar tersebut dengan status baharu pada hari yang sama dengan harapan supaya keamanan antara kedua belah pihak dapat dicapai.

“Berdoalah supaya diberikan keamanan dan supaya konflik antara Palestin-Israel dapat ditamatkan dengan segera. Masihkah ada harapan?” katanya seperti yang dimuat naik melalui laman Twitternya.