GAZA CITY 3 Ogos - Israel mula mengundurkan sebahagian tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza, tetapi masih melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu.
Pengunduran tersebut dilaksanakan ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan ke atas Gaza walaupun mengambil tempoh yang lama dan menggunakan sebanyak mana kekuatan yang diperlukan,
Katanya, tentera rejim Zionis mencapai kejayaan besar dalam memusnahkan infrastruktur milik pergerakan Hamas.
Bagaimanapun jurucakap Hamas, Fawzi Barhum menyifatkan Netanyahu sebagai keliru terhadap krisis sebenar yang dihadapi oleh pemimpin Israel itu.
"Hamas juga tidak akan mengalah dan meneruskan penentangan terhadap penjajah Yahudi sehingga misi kami tercapai," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_11/Israel-undur-tentera-darat-tetapi-serangan-udara-diteruskan#ixzz39Myivuh4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment