- Gomez memuat naik imej yang menyokong penduduk Palestin di Gaza.
Malah, golongan selebriti juga tidak terkecuali mengutuk kekejaman rejim Zionis dan secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka terhadap penduduk Palestin menerusi media sosial.
Rihanna yang popular dengan lagu Diamonds menjadi selebriti pertama yang berkongsi tweet #freePalestine pada 16 Julai lalu.
Bagaimanapun, penyanyi terbabit memadamkan tweet tersebut selepas dikritik peminatnya dan menggantikannya dengan 'Berdoa untuk keamanan agar konflik antara Palestin-Israel dapat dihentikan segera. Masihkah ada harapan?'.
Beberapa hari kemudian, bintang pop, Selena Gomez memuat naik imej di Instagram dengan kapsyen menyokong penduduk Palestin di Gaza yang telah mencetuskan kontroversi di media sosial.
Selain itu, penyanyi John Legend dan aktor John Cusack turut mengkritik kerajaan Amerika Syarikat kerana menyokong operasi ketenteraan Israel yang dilancarkan sejak 8 Julai lalu.
Di Sepanyol, aktres Penelope Cruz dan suaminya, Javier Bardem menandatangani surat terbuka bersama selebriti lain bagi menyelar pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk tidak berdosa di Gaza, laporan dipetik dari ibtimes.
No comments:
Post a Comment