Sunday 3 August 2014

Tentera Israel dikerah berkawal semula di sepanjang sempadan Gaza


2014/08/03

Foto


Foto
KERETA kebal milik Israel kembali bergerak ke sempadan Gaza selepas meninggalkan lokasi itu semalam. Rejim Zionis hari ini mengisytiharkan akan meneruskan serangan terhadap bandar Gaza walaupun semua laluan rahsia terowong bawah tanah sudah dimusnahkan berikutan seorang askarnya yang dipercayai ditangkap pejuang Hamas sudah terbunuh. - Foto Reuters
BANDARAYA GAZA: Tentera Israel dikerah bertugas semula di sepanjang sempadan dengan Gaza selepas kerajaan rejim Zionis memberi isyarat akan menilai semula operasi ketenteraannya.

Beberapa kereta kebal dan kenderaan lain dilihat meninggalkan Gaza hari ini. Dalam ucapan di televisyen lewat malam tadi, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mencadangkan bahawa pasukan ketenteraannya akan menilai semula operasi selepas menamatkan perobohan terowong tentera Hamas di sempadan.


Pada masa sama, Netanyahu memberi amaran kepada Hamas bahawa mereka perlu membayar harga yang tidak ternilai jika terus melancarkan serangan roket ke atas Israel.

Sementara itu, Israel terus membedil selatan Gaza menerusi serangan udara walaupun Zionis memberi isyarat untuk menimbang semula serangan yang sudah memasuki hari ke-27, hari ini.

Pegawai kesihatan di Gaza berkata, sembilan orang terbunuh dalam serangan itu. - AP

No comments:

Post a Comment