Sunday, 3 August 2014

Obama gesa Hamas bebaskan askar Israel


WASHINGTON 2 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus menunjukkan sokongannya kepada Israel dengan menggesa pergerakan Hamas membebaskan segera seorang pegawai tentera Israel yang didakwa diculik oleh pergerakan Palestin itu, tanpa sebarang syarat dan menyifatkan penculikan itu sebagai perbuatan yang tidak bertamadun (barbaric).
Obama dalam kenyataannya menggesa Hamas atau kumpulan pejuang lain Palestin yang bertanggungjawab menculik Leftenan Hadar Goldin, 23, agar segera membebaskan askar itu sebagai usaha meredakan ketegangan di Gaza.
"Jika mereka (Hamas) serius untuk menghentikan konflik, askar itu perlu dibebaskan segera tanpa syarat kerana gencatan senjata merupakan jalan untuk menghentikan pembunuhan dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.
"Gencatan senjata tidak akan dapat dilaksanakan jika Hamas tidak mahu menghentikan serangan dan menunaikan janjinya," katanya. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_10/Obama-gesa-Hamas-bebaskan-askar-Israel#ixzz39H7sqhn1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment