Sunday, 3 August 2014

Dunia terus kutuk Israel


2014/08/03
“Pengeboman berlaku dalam kawasan penduduk paling padat di dunia dengan penduduknya tidak dibenarkan keluar adalah sesuatu yang melampaui akal fikiran,” kata vokalis kumpulan Massive Attack dari England, Robert Del Naja.

“Jika mereka perlu mempertahankan diri, adakah pembunuhan beramai-ramai perlu dilakukan?,” soalnya membabitkan operasi rejim Zionis membunuh penduduk awam tidak bersalah di Semenanjung Gaza.


Robert adalah salah seorang individu terkenal, pemimpin dan pertubuhan di seluruh dunia yang mengutuk tindakan melampau Israel menjalankan operasi Protective Edge di Gaza, kononnya untuk melindungi penduduknya daripada serangan roket Hamas.

Selama 26 hari operasi berkenaan, 1,669 warga Palestin terkorban dan lebih 10,000 yang lain cedera.

Menurut maklumat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 75 peratus mangsa adalah orang awam, mungkin lebih.

No comments:

Post a Comment