Sunday 3 August 2014

Emir Qatar terkejut tuduhan terhadap mujahidin mencabul perjanjian gencatan senjata.

Terkini | Gaza 1.16 pm | Perang Hari ke-28

Emir Qatar terkejut tuduhan terhadap mujahidin mencabul perjanjian gencatan senjata.

Emir Qatar, as-Sheikh Tamim bin Hamad Ali Thani menyatakan rasa terkejutnya dalam panggilan telefon yang diterima daripada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mujahidin Palestin bertanggungjawab dalam pelanggaran perjanjian gencatan senjata pada hari Jumaat lepas di semenanjung Gaza.

Beliau berkata lagi bahawa PBB sepatutnya mengesahkan terlebih dahulu apa yang berlaku secara pasti sebelum mengeluarkan kenyataan yang menuduh pihak mujahidin telah mencabul perjanjian, terutamanya apabila tidak ada padanya apa- apa cara tersendiri untuk mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Beliau juga menyatakan rasa kesal dan terkejut kepada Setiausaha Agung PBB itu atas kesenyapan organisasi- oraganisasi antarabangsa terhadap serangan Zionis ke atas orang awam Palestin serta membunuh mereka dan menghancurkan rumah- rumah mereka, beliau juga meminta dengan segera agar pendirian yang jelas diambil atas jenayah- jenayah Zionis demi hak rakyat Palestin.

Beliau juga menggesa agar semua pihak yang berkenaan supaya membuka laluan kepada bantuan kemanusiaan dapat masuk ke semenanjung Gaza.

Sumber : وكالة شهاب

#pray4gaza
#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#العصف_المأكول

Derma :
http://on.fb.me/1zoCkpO

No comments:

Post a Comment