Sunday 3 August 2014

Penduduk Beit Lahiya kini boleh pulang


BAITULMAQDIS 2 Ogos - Tentera Israel, hari ini memaklumkan bahawa penduduk Palestin yang tinggal di Beit Lahiya di utara Gaza kini boleh pulang ke rumah masing-masing ketika saksi melaporkan pasukan tentera Israel mula berundur dari kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan tentera Israel, maklumat itu telah disampaikan kepada penduduk terlibat bahawa keadaan agak selamat di sana dan mesej itu telah disampaikan kepada pihak berkuasa Palestin.
Saksi di Al-Atatra yang merupakan sebahagian daripada Beit Lahiya memaklumkan bahawa tentera Israel telah berundur ke selatan di mana penduduk melaporkan tentera Israel telah keluar dari perkampungan di timur Khan Younis, berhampiran sempadan Gaza.
Pengumuman itu dibuat ketika media tempatan melaporkan Israel tidak akan menghantar delegasi ke rundingan di Mesir untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza, manakala beberapa pihak berpendapat tindakan tentera Israel keluar dari Gaza memberi isyarat bermulanya pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_08/Penduduk-Beit-Lahiya-kini-boleh-pulang#ixzz39H7W1kMe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment