Sunday 3 August 2014

Peluang genjatan senjata baharu sukar


2014/08/03 - 06:20:53
Tentera Israel terus mengganas dengan membunuh ratusan penduduk di Gaza selepas kegagalan gencatan senjata anjuran Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata pegawai semalam, ketika Hamas menafikan ia menawan seorang anggota tentera rejim Zionis itu.

Israel tidak hantar wakil Bagaimanapun, delegasi Palestin dijangka tiba di Kaherah untuk berunding mengenai syarat perjanjian berpanjangan, walaupun selepas gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam gagal dalam masa beberapa jam ia bermula kelmarin.


Namun peluang untuk mengadakan gencatan senjata baharu kelihatan sukar selepas Israel berkata ia percaya pejuang menculik Leftenan Muda Hadar Goldin, 23, dalam serangan di bandar raya Rafah yang membunuh dua lagi anggota tentera.

Sementara itu Israel tidak akan menghantar wakil untuk rundingan itu, kata seorang pegawai Israel, sambil menuduh Palestin ‘menipu’ perunding antarabangsa. Dalam keganasan yang berterusan, sekurang-kurangnya 150 penduduk Palestin terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, termasuk 35, sejak tengah malam kelmarin, kata pegawai.

No comments:

Post a Comment