Sunday 3 August 2014

Palestin akan hantar delegasi ke Mesir



SEBUAH kereta kebal tentera Israel bergerak dekat sempadan Gaza semalam. - REUTERS


BANDAR GAZA - Pihak Berkuasa Palestin akan menghantar satu delegasi ke Kaherah, Mesir semalam bagi berbincang mengenai situasi di Gaza walaupun gencatan senjata sebelum ini gagal bertahan lama.
"Kami berharap Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry akan meyakinkan Israel untuk menghantar delegasi mereka," kata ketua perunding Palestin, Saeb Erekat kepada syarikat penyiaran CNN.
Kata Saeb, Israel boleh menggunakan rundingan berkenaan bagi membangkit pelbagai isu termasuk mengenai kehilangan seorang askar negara itu yang didakwa ditawan pejuang Hamas.
"Ini adalah satu-satunya jalan bagi memberi peluang kepada gencatan senjata," tambahnya. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz39IlJ3Jgy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment