Sunday 3 August 2014

Kongres AS salur bantuan RM722.7 juta kepada Israel



SEORANG saudara membawa mayat bayi berusia dua bulan, Noor al-Saidy yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam. - AFP


WASHINGTON - Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyegerakan bantuan berjumlah AS$225 juta (RM722.7 juta) bagi menyokong sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang dikenali sebagai Iron Dome.
Kelulusan Dewan Perwakilan tersebut dibuat sebelum persidangan dewan ditangguhkan sempena cuti musim panas selama lima minggu.
Bantuan berkenaan akan digunakan untuk menambah bekalan peluru sistem pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome yang berjaya menembak jatuh berpuluh-puluh roket yang dilancarkan para pejuang Hamas sejak pertempuran tercetus lebih tiga minggu lalu.
Kongres meluluskan bantuan tersebut, dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.
Bantuan tersebut kini perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Barack Obama untuk disahkan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz39IlUzJf4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment