• Dr Hafidzi Mohd Noor Dr Hafidzi Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Aqsa Syarif menggesa agar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diperkasakan supaya dapat menghentikan pembunuhan berterusan di Palestin.
Pengerusnya, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, dengan kuasa dalam PBB sepatutnya mampu memberi arahan kepada Amerika Syarikat dan rejim zionis Israel.
“Kita mahu seluruh dunia memperkasakan PBB. Supaya PBB ini boleh memberikan arahan kepada Amerika Syarikat (AS). Hentikan sokongan kamu (AS) kepada Israel dan mengarahkan Israel menghentikan segala serangan ini
“Termasuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau turut berharap himpunan gergasi ‘Selamatkan Anak-anak Gaza’ anjuran Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia (VPM) di Dataran Merdeka yang berjaya mengumpulkan lebih 50,000 peserta itu mampu memberi mesej jelas kepada dunia terhadap penentangan rakyat negara ini terhadap kekejaman Israel.
 “Jadi kita harap kita telah menghantar mesej yang jelas kepada dunia. Orang Palestin tidak akan ditinggalkan sendiri.  Seluruh dunia di belakang mereka.
“Kami akan pastikan, mereka mampu bertahan dan diberikan kemenangan sebaliknya yang akan kalah dan hancur adalah Israel,” katanya.
Himpunan yang bermula sekitar jam 2 petang itu disertai rakyat pelbagai kaum dan agama termasuk rakyat dari luar negara.
Meskipun terpaksa berjemur lebih tiga jam di Dataran Merdeka, semua peserta tetap kelihatan bersemangat.
Tepat jam 5 petang, himpunan berakhir dan semua peserta mula bersurai.RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Tepat jam 5 petang, himpunan berakhir dan semua peserta mula bersurai.