Oleh Nazarali Saeril
Kuala Lumpur: Wanita Palestin terkenal dengan kecekalan mereka mengharungi hidup dalam keadaan sukar, malah turut berebut-rebut berkahwin dengan pejuang Palestin, termasuk yang cacat anggota badan seperti kudung, semata-mata mahu melahirkan zuriat pejuang berkenaan, seterusnya meramaikan lagi pejuang Islam bagi menentang rejim Zionis pada masa depan.
Pengarah Media Aman Palestin Berhad Anas Abdul Wahab berkata, perjuangan menentang rejim Zionis adalah satu kemuliaan dan kerana itu wanita Palestin sanggup berkahwin dengan pejuang cacat.
“Bukan setakat mahu melahirkan zuriat pejuang, malah bagi wanita Palestin, adalah satu kemuliaan buat mereka jika dapat berkahwin dengan pejuang Palestin walaupun suami mereka cacat.
“Golongan ini mahukan pahala jihad dan ia melebihi semua kesenangan serta kemewahan dunia. Kerana itu mereka sanggup berkahwin dengan pejuang Palestin yang cacat.
“Wanita ini yakin perkahwinan dengan pejuang pasti akan melahirkan pejuang lain yang menjadi benteng membela kedaulatan Islam serta penduduk Palestin daripada kezaliman rejim Zionis,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03
No comments:
Post a Comment