Wednesday 6 August 2014

Palestin bawa kes Israel ke ICC


THE HAGUE 5 Ogos - Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki tiba di The Hague hari ini, bagi menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dakwaan perang terhadap Israel berhubung serangan selama 30 hari ke atas Genting Gaza.
Menurut Riad, Palestin menyerahkan kepada ICC untuk menyiasat dakwaan jenayah perang dan pihaknya juga telah berbincang dengan pendakwa raya untuk menyertai mahkamah tersebut.
"Banyak bukti jelas menunjukkan Israel melakukan jenayah perang," katanya yang tiba di Belanda ketika gencatan senjata selama 72 jam dikuatkuasakan Hamas dan rejim itu.
Dengan menyertai ICC, mahkamah itu boleh menyiasat sebarang dakwaan jenayah perang yang berlaku dalam wilayah Palestin sejak 1 Julai 2002. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140806/lu_07/Palestin-bawa-kes-Israel-ke-ICC#ixzz39Yd1bcjY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment