Wednesday 6 August 2014

Anonymous lancar #OpSaveGaza


6 Ogos 2014


MOSCOW - RUSIA. Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous melancarkan serangan siber #OpSaveGaza ke atas laman sesawang Israel sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Genting Gaza.

Kelmarin, Russia Today melaporkan ratusan portal Israel termasuk laman tentera dan perkhidmatan perisikan, Mossad digodam dalam usaha untuk melumpuhkan Tel Aviv.

Aktivis online, AnonymousGlobo turut menghantar tweet 'Israel, anda lemah!' ketika mengumumkan bahawa mereka akan memperhebatkan lagi serangan siber ke atas kerajaan Israel.

Memetik laporan Press TV, ketika Perang Lapan Hari pada 2012, Anonymous pernah melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas laman sesawang Israel di bawah ‘operasi’ digelar #OpIsrael.

No comments:

Post a Comment