Tentera rejim Zionis mungkin boleh membunuh ribuan rakyat Palestin, namun mereka tidak boleh membunuh semangat anak-anak bumi ini untuk terus berjuang dan hidup.
Kita lihat saja apa yang berlaku di tanah Syam ini, ibu bapa mati, rumah dirobohkan, hidup sebagai pelarian, makanan tidak terjamin dan dihurungi 1001 penyakit.
Anak-anak mangsa perang ini tidak akan tunduk kepada penaklukan Zionis yang cuba menakutkan mereka dengan jet pejuang F-16, bom atau dron tanpa pesawat.
Mereka mampu hidup dalam suasana itu biar daging disiat-siat, biar hancur berkecai tubuh dihujani bom, tetapi semangat mereka akan terus subur. Setiap darah syuhada yang gugur ke bumi akan menjadi sumbu pelita kebangkitan rakyat Palestin.
Mereka mampu hidup dalam suasana itu biar daging disiat-siat, biar hancur berkecai tubuh dihujani bom, tetapi semangat mereka akan terus subur. Setiap darah syuhada yang gugur ke bumi akan menjadi sumbu pelita kebangkitan rakyat Palestin.
RAKYAT Palestin termenung melihat kemusnahan kediaman mereka yang dibom Israel sejurus balik ke Bandar Beit Hanoun.
RAKYAT Palestin yang berpindah ke kem pelarian yang diuruskan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sebuah sekolah di daerah Beit Lahia utara Semenanjung Gaza gembira dapat untuk kembali ke rumah masing-masing. |
Ini yang menjadi kekuatan rakyat Palestin, mereka tidak punya cukup wang, tiada senjata canggih untuk mempertahankan diri, tetapi berbekalkan semangat itu, tembok pemisah Zionis bakal runtuh berkat doa sekelian umat Islam.
Dalam catatan sebelum ini, saya ada memaklumkan Bandar Gaza hampir lumpuh selepas terputusnya bekalan elektrik serta bekalan air bersih selepas rejim Zionis memusnahkan stesen janakuasa elektrik utama bandar ini, awal minggu lalu.
Namun, keadaan di Bandar Gaza kini tambah teruk apabila seluruh bekalan sudah terputus sepenuhnya. Kini, Gaza lumpuh tanpa sebarang bekalan elektrik termasuk bekalan air bersih.
Bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana kebanyakan rakyat Gaza sudah biasa mengalami keadaan seumpama itu dan mereka memiliki kreativiti sendiri apabila menggunakan bateri kereta sebagai satu daripada sumber elektrik selain janakuasa petrol (generator).
Maaf juga kepada pembaca setia Harian Metro dan juga pengikut kolum Warkah Gaza ini kerana saya gagal membalas mesej yang dihantar menerusi e-mel berikutan kehabisan bateri telefon bimbit termasuk gangguan sistem telekomunikasi.
Alhamdulillah, kami menggunakan bateri kereta untuk mengecas telefon bimbit masing-masing sebagai alternatif sejak terputusnya bekalan elektrik. Syukur juga kerana kami masih boleh berhubung dengan dunia luar, jika tidak, kami akan berseorangan, Gaza akan bersendirian.
Keupayaan bateri kereta berkenaan mampu mengecas lebih empat telefon bimbit dalam satu-satu masa dan jangka hayat bateri kenderaan berkenaan mampu bertahan agak panjang bergantung kepada penggunaannya.
Mungkin di Malaysia, perkara itu agak luar biasa, mana tidaknya mengecas telefon menggunakan bateri kereta. Ia pasti sesuatu yang pelik. Tetapi di Palestin, keadaan itu biasa, mereka sering menggunakannya jika berdepan dengan krisis seumpama ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment