Foto: AFP |
Ia sekaligus menamatkan konflik berdarah yang dihadapi oleh rakyat Palestin di bumi Gaza.
Menurut laporan oleh sebuah portal, kedua-dua belah pihak dikatakan sudah bersepakat untuk mengakhiri permusuhan mereka yang kini sudah memasuki hari ke-29.
Bagaimanapun menurut jurucakap bagi pihak tentera Israel, kedudukan tentera di luar sempadan Gaza akan dikekalkan bagi menghadapi sebarang tindakbalas yang mungkin mencabuli proses gencatan senjata tersebut.
Ia adalah percubaan kali kedua dalam tempoh empat hari bagi kedua-dua pihak dalam usaha untuk mencapai persepakatan dalam proses gencatan senjata.
Proses gencatan senajata kali ini diadakan di Kaherah, Mesir dan dibincangkan bersama wakil Hamas, Jihad Islam dan pengantara Palestin serta Mesir.
Bagaimanapun wakil Israel dikatakan tidak hadir untuk menyertai perbincangan tersebut.
No comments:
Post a Comment