SHAH ALAM – Lebih 200 penduduk Palestin didakwa telah diculik, dipindahkan ke lokasi rahsia, disoal siasat dan didera oleh tentera Israel.

Manakala 1,850 yang lain terbunuh serta 10,000 daripadanya pula mengalami kecederaan parah dalam serangan selama 30 hari ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu.

Menurut laporan portal aktivis Rangkaian Solidariti Banduan Palestin, tentera Zionis didakwa telah memindahkan penduduk Palestin ke kem-kem khas yang didirikan sejak pendudukan Israel di Tebing Gaza sejak 1948 dan mangsa perang itu telah disiasat berjam-jam dan berhari-hari oleh pasukan tentera dan Agensi Keselamatan Israel atau Bet Shin.

Laporan itu juga menyebut lebih 75 rakyat Palestin itu bagaimanapun telah dibebas dan ditinggalkan di luar kawasan Beit Hanoun yang jarak hanya kira-kira enam kilometer dari bandar Sderot, Israel.

“Orang awam Palestin dari Gaza pula tidak dapat dikesan selepas ditangkap, termasuk yang tercedera, sesetengah daripada mereka telah dibebaskan tanpa rawatan selepas dua hari disoal siasat.

“Pasukan perubatan dan orang awam yang tercedera itu telah ditahan sejak 24 Julai lalu

"Paramedik dan orang-orang yang cedera telah ditahan pada 24 Julai kerana mereka cuba meninggalkan bandar Khuza'a, kawasan yang terletak di selatan Tebing Gaza,” menurut laporan itu.

Sementara itu, pada Isnin lalu, Ahli Majlis Perundangan Palestin, Issa Qaraqe memberi amaran dan mendakwa bahawa beberapa rakyat negara khususnya orang awam itu telah ditahan oleh pasukan pendudukan Israel yang kemudiannya ditembak kerana cuba meninggal bandar Khuza'a.

Dakwa Issa lagi, sebahagian daripada mereka yang ditahan itu telah dibawa ke hospital pekerjaan dan selebihnya pula masih disoal siasat.

“Sebahagian daripada yang hilang itu mungkin telah dibunuh oleh tentera pendudukan atau dibiarkan cedera sehingga mati tanpa rawatan perubatan.

“Kita mendesak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk bertindak segera untuk menentukan nasib rakyat Palestin yang ditahan di Gaza oleh pasukan pendudukan Israel,” katanya dalam laporan itu.

Dalam pada itu, kebimbangan sama pernah disuarakan oleh beberapa pihak di Gaza sejak 24 Julai lalu oleh Penyokong Banduan Addameer dan Persatuan Hak Asasi Manusia yang khuatir mengenai kempen tentera Israel terhadap penangkapan besar-besaran penduduk Palestin.

Sekurang-kurangnya 150 rakyat Palestin telah ditahan dalam satu malam di Gaza dan secara paksa dipindahkan ke pusat tahanan yang tidak didedahkan di mana mereka sedang menjalani soal siasat oleh Unit Khas 504 dalam penyelarasan dengan perkhidmatan perisikan.

Antara rakan-rakan Addameer dari Al-Mezan di Gaza yang ditahan ialah Mahmoud Abu Saeed, Afif Al-Jarah, Imad Al-Jarah, Abd Al Rahman Balousha, Hassan Al-Astal, Mohammad Al-Agha, Ahmad Abu Lahiya , Ibrahim Abu dan Mohammad Al-Qudra.