Wednesday, 6 August 2014

Netanyahu rentap hidup kami


Mereka meninggalkan kediaman serba putih yang ada sedikit halaman kehijauan, pokok palma dan pohon limau. 
Tapi, apabila Khayri pulang ke pekan di utara Gaza ini iaitu sejurus gencatan senjata 72 jam berkuas kuasa, dia amat terkejut melihat keadaan rumah yang musnah teruk angkara Israel. 

“Adakah ini sebenar-benarnya kampung kami?” tanya Khayri yang terpinga-pinga melihat kediamannya yang bukan lagi seharusnya dipanggil rumah.
Foto
SALWA Shabat bersama anaknya, Huda, Ahmed dan Anas menangis selepas melihat keadaan rumah mereka yang musnah ankara Zionis, di Beit Hanoun, utara Gaza. FOTO AP

Di hujung jalan yang agak berpasir, jelas kelihatan kesan jejak kereta kebal Israel dan keldai miliknya yang sudah mati.

Keseluruhan struktur rumahnya masih boleh kelihatan tetapi dinding kediaman keluarga itu penuh dengan lubang. 

Bilik tidur anak lelakinya, Hasan, 11, pula penuh dengan kelongsong peluru, mortar terbaring di ruang tamu manakala bazooka di tingkat atas. 

Peta kawasan penduduk dalam bahasa Hebrew pula penuh terlekat di dinding rumah yang membawa kepada andaian bahawa tentera Israel menggunakan rumahnya sebagai markas mereka. 

“Bagaimana saya hendak memberitahu isteri dan anak saya? Saya tak sanggup biar mereka melihat keadaan ini! Mereka boleh hilang akal. Macam mana hendak saya jelaskan kepada mereka. 

“Apa yang kami dah buat kepada dia (Benjamin) Netanyahu?” 

Khayri adalah antara beribu penduduk Gaza yang menggunakan kesempatan gencatan senjata 72 jam untuk pulang ke halaman masing-masing untuk melihat sama ada rumah mereka masih baik atau sebaliknya. 

Agensi PBB iaitu OCHA mendakwa, 267,970 warga Palestin kini mendapatkan perlindungan di 90 sekolah kendalian PBB, dengan beribu lagi di sekolah kerajaan dan kira-kira 200,000 dipercayai di rumah orang lain. 

Balu, Zakia Shaban Bakr Masri, 74, yang bertudung hijau memasuki kawasan penempatan dengan hati yang amat berat sekali apabila terpandang rumah keluarganya yang teruk dibedil. 

“Sejurus tiba, saya terus menangis. Seluruh hidup saya di sini...di bilik saya. Kini, tiada apa lagi yang ada pada saya,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment