RAMALLAH - PALESTIN. Kira-kira 161 masjid musnah akibat bedilan rejim Zionis, menurut Menteri Wakaf Palestin, kelmarin.

Yousef Dois memaklumkan beberapa institusi agama di wilayah itu turut menjadi sasaran serangan udara Israel sejak 8 Julai lalu.

"Pihak berkuasa Israel juga melarang penduduk Palestin memasuki masjid Al-Aqsa dan sekatan itu jelas mencabuli hak orang Islam," tegasnya.

Susulan daripada itu, beliau menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengambil tindakan tegas terhadap Israel kerana melakukan jenayah dan pencabulan serius di Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, laporan dipetik dari Middle East Monitor.