Wednesday, 6 August 2014

Gencatan tak menentu


Rejim Zionis menarik balik semua tenteranya dari kawasan Gaza manakala pengeboman dihentikan.

Keadaan itu membolehkan penduduk Palestin keluar sama ada untuk membeli barang keperluan atau mengunjungi tempat lain.
Jika keadaan tenang berpanjangan, Mesir dilaporkan merancang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Bagaimanapun untuk makluman, rejim Mesir di bawah pentadbiran semasa turut bertanggungjawab menyukarkan bantuan disalurkan kepada Gaza, selain membantu Israel memusnahkan terowong bawah tanah digunakan penduduk Palestin membawa masuk barangan keperluan harian mereka. Tidak dapat dipastikan sejauh mana gencatan senjata semalam akan berkesan kerana pertubuhan Hamas yang menguasai Gaza menuntut sekatan yang dikenakan ke atas wilayah itu ditamatkan.

Hamas juga meminta wilayah mereka dibangunkan semula menggunakan dana antarabangsa.
Foto
PENDUDUK Beit Hanoun termenung di atas runtuhan rumahnya selepas kawasan itu dibom teruk tentera rejim Zionis.
Kemahuan itu memang sukar dipersetujui kerana Israel tetap enggan membuka sekatan dikenakan kecuali mereka berpuas hati pejuang Hamas tidak memiliki sebarang senjata lagi. Kelmarin satu gencatan senjata sepihak diumum Israel selama tujuh jam tetapi hanya beberapa minit selepas itu, Gaza kembali digegarkan dengan bom.

Menjelang tengah hari semalam (waktu Gaza) penduduk setempat mula kembali ke Rafah di selatan Gaza yang musnah teruk akibat dibom Israel. Bapa kepada 12 anak, Tawfiq Barbakh, 67, berkata dia tidak pernah melihat kemusnahan seteruk itu sepanjang hidupnya. “Saya tidak pasti berapa banyak bom meletup setiap minit, tetapi mungkin 20 atau 30 butir,” katanya. Perang terbaru itu mengorbankan hampir 1,900 orang penduduk Palestin - kebanyakannya orang awam. Di pihak Israel pula, seramai 64 tenteranya dan tiga orang awam mati. Jurucakap tentera Zionis Israel, Lt Col Peter Lerner berkata secara keseluruhan mereka memusnahkan 32 terowong di Gaza. “Ia adalah bahagian strategik Hamas menyerang selatan Israel,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment