Wednesday 6 August 2014

Menteri Islam Britain letak jawatan


LONDON 5 Ogos - Seorang menteri Britain yang merupakan wanita Islam pertama menganggotai Kabinet, mengumumkan peletakan jawatannya berhubung polisi kerajaan negara ini terhadap Gaza.
Sayeeda Warsi (gambar) yang merupakan Menteri Agama dan Masyarakat hari ini mengumumkan peletakan jawatan menerusi akaun Twitternya.
"Dengan penuh kekesalan, saya menyampaikan surat peletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri, David Cameron. Saya tidak lagi boleh menyokong polisi kerajaan berhubung #Gaza," katanya dalam Twitter.
Sayeeda menganggotai Kabinet pada 2010 selepas parti pimpinan Cameron menang pilihan raya umum pada tahun itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140806/lu_08/Menteri-Islam-Britain-letak-jawatan#ixzz39YeE77Vs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment