AMSTERDAM - BELANDA. Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki mahu meneruskan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas konflik semakin meruncing di wilayah Gaza.

Menurut laporan Al rabiya, langkah itu dibuat selepas beliau mendakwa Israel perlu bertanggungjawab ke atas jenayah perang yang dilakukan oleh mereka.

Bagaimanapun, usaha Palestin untuk menghadapkan Israel ke muka pengadilan mungkin sukar kerana mahkamah terbabit tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan itu berikutan Tel Aviv bukan anggota ICC.

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memulakan siasatan ke atas pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang di Genting Gaza.