Wednesday 6 August 2014

Obama lulus dana untuk Iron Dome


WASHINGTON 5 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam, meluluskan rang undang-undang tambahan sebanyak AS$225 juta (RM719.3 juta) untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.
Beliau menandatangani rang undang-undang itu di pejabatnya, di White House, lewat malam tadi.
Iron Dome berupaya memintas roket yang dilancarkan pejuang Hamas ke kawasan Israel dengan ketepatan sebanyak 90 peratus.
AS sebelum ini menyalurkan beratus-ratus juta dolar untuk sistem pertahanan Iron Dome dan peruntukan terbaharu itu bertujuan untuk menambah keupayaan tentera Israel.
Kongres AS meluluskan peruntukan tambahan tersebut Jumaat lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140806/lu_09/Obama-lulus-dana-untuk-Iron-Dome#ixzz39YdXRAu8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment