Wednesday, 6 August 2014

Kekerasan hanya dibenar dalam peperangan


Mutakhir terdapat tindakan yang dilihat keterlaluan oleh segelintir pihak yang memboikot termasuklah merendah-rendahkan golongan yang tidak menyertai usaha mereka serta ada juga perlakuan buruk seperti memarahi dan meludah pekerja restoran yang diboikot itu.
Timbul persoalan di manakah kewajaran perbuatan buruk seumpama itu sedangkan tujuan asal untuk bersama-sama membentuk solidariti bagi membantu umat Islam di Gaza yang ditindas rejim Zionis.

“Perbuatan itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.
Foto
JENAZAH bayi berusia 4 bulan yang terbunuh bersama dua ahli keluarga dipangku keluarga terdekat ketika pengebumian di bandar Gaza.

Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW juga berlaku urusan muamalat antara Nabi dan golongan Yahudi meskipun baginda mengetahui niat golongan itu mahu membunuh baginda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya.

Katanya, sehingga kini belum ada ketetapan tindakan memboikot produk menyumbang kepada Zionis itu sebagai sesuatu yang wajib.

“Sebagai umat Islam, kita tidak diajar menzalimi orang atau membalas kezaliman dengan kezaliman.

Kekerasan hanya dibenarkan dalam peperangan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment