PERANG di Gaza bukanlah satu fenomena baru. Sejak Hamas berjaya menguasai sepenuhnya wilayah seluas 360 km persegi itu pada tahun 2007, Gaza telah menjadi sasaran utama Zionis Israel dalam usaha mengekang kebangkitan intifada Palestin. Israel menyerang Gaza untuk mengingatkan rakyat Palestin bahawa kebangkitan mereka akan hanya berakhir dengan kematian anak-anak dan isteri mereka. Israel akan memastikan kebangkitan mereka terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Perang baru yang tercetus di Gaza pada 10 Ramadhan lalu (8 Julai 2014) – Perang Asfim Ma’akul (nama yang diberikan pejuang Hamas) atau Operation Protective Edge (nama yang diberikan rejim Zionis Israel), merupakan yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 6 tahun.
Perang pertama - Perang Furqan atau Operation Cast Lead, berlaku pada Disember 2008 dan berlarutan hingga Januari 2009. Perang kedua - Perang Hijaratus Sijjil atau Operation Pillar of Clouds, berlaku pada November 2012. Dalam ketiga-tiga perang ini, Zionis Israel telah membuat provokasi dan mencipta alasan untuk menghalalkan serangannya ke atas Gaza.
Provokasi dan Justifikasi Israel Melancarkan Perang Baru
Media antarabangsa rata-rata mengaitkan insiden kehilangan 3 remaja Yahudi di Hebron, Tebing Barat pada 12 Jun lalu sebagai punca kepada serangan terbaru Israel ke atas Gaza. Israel pantas menuduh Hamas sebagai dalang di sebalik insiden ini sungguhpun tanpa bukti kukuh lantas melancarkan Operation Brother’s Keeper selama 18 hari (13-30 Jun 2014) yang menyaksikan lebih 13 orang rakyat Palestin terkorban, 1,000 cedera dan lebih 600 orang ditahan (60% adalah ahli dan pemimpin Hamas). Hebron dikenakan perintah berkurung sementara 2,100 rumah dan premis digeledah. Kerugian dianggarkan mencecah hampir 3 juta dolar Amerika.
Operasi Brother’s Keeper mendedahkan muslihat sebenar Israel memulakan perang pada hari ini iaitu untuk memberikan tekanan kepada Hamas dan menggagalkan perdamaian Hamas-Fatah. Kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian as-Shati’ pada 23 April lalu bagi menamatkan perseteruan mereka dan berusaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin.
Perdamaian ini menyebabkan Israel hilang rakan damainya (Fatah) dan meningkatkan kemungkinan pengukuhan kedudukan Hamas. Tembelang Israel akhirnya terbongkar apabila siasatan mengesahkan bahawa 3 remaja Yahudi yang hilang dan kemudian dijumpai mati itu bukan angkara Hamas.
Namun, Israel mendapat momentum baru apabila price-tag attackkumpulan ekstremis Yahudi yang ingin membalas dendam kematian 3 remaja Yahudi yang hilang sebelum ini berakhir dengan kematian tragis remaja Palestin, Muhammad Abu Khdeir, 16 tahun yang diculik dan dibakar hidup-hidup. Insiden ini telah menaikkan kemarahan penduduk Palestin yang bertindak balas melancarkan rusuhan di seluruh Tebing Barat dan serangan roket dari Gaza. Respons ini telah dijadikan justifikasi oleh Israel untuk melancarkan perang baru ke atas Gaza seperti yang kita lihat pada hari ini.
Israel Sasar Keluarga dan Kanak-kanak untuk Lemahkan Sokongan Rakyat ke atas Hamas Sejak hari pertama Perang Asfim Ma’akul, tentera Zionis Israel dilihat sengaja mensasarkan serangan ke kawasan penempatan awam yang menyaksikan banyak keluarga dan golongan kanak-kanak terkorban.
Setakat hari ke-20 (27 Julai 2014), Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Israel telah mensasarkan serangan ke atas 52 keluarga Palestin yang mengakibatkan 285 korban. Antara keluarga yang menjadi sasaran Zionis Israel ialah keluarga al-Astal (15 orang, Khan Younis), al-Batsh (17 orang, Bandar Gaza), Abu Jame (26 orang, Khan Younis), Siyam (11 orang, Rafah) dan al-Hilw (11 orang, al-Shujaiyyah).
Statistik setakat hari ke-28 (4 Ogos 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H) menunjukkan 426 daripada 1,865 (22.8%) jumlah korban dan 2,877 daripada 9,563 (30%) jumlah mereka yang cedera adalah dari kalangan kanak-kanak. Malah hampir 70% yang tercedera dijangka akan menderita kecacatan kekal kesan penggunaan senjata haram oleh Israel.
Jika statistik ini tidak cukup menjadi bukti Israel sengaja mensasarkan kanak-kanak, insiden pengeboman 4 orang kanak-kanak di pantai (16 Julai), 3 orang di atas bumbung rumah (18 Julai) dan 8 orang di taman permainan (28 Julai/1 Syawal) sudah cukup untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Statistik sehingga hari ini juga menunjukkan 475,000 orang warga Gaza kini terpaksa menjadi pelarian sama ada akibat rumah musnah atau bimbang menjadi sasaran serangan Israel. Serangan Israel setakat hari ke-28 telah memusnahkan 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 188 buah sekolah, 134 buah masjid, 22 pertubuhan kebajikan, 8 buah pusat sistem kumbahan dan 6 buah universiti. Kerugian setakat ini dianggarkan mencecah 5 bilion dolar Amerika (RM15.5 bilion).
Wewenang Israel Dalam Tempoh Gencatan Senjata
Data daripada UNOCHA, Jerusalem Fund dan AntiWar.com jelas membuktikan tindakan Israel yang sering mengapi-apikan suasana dan mengajak Hamas beradu kekuatan bagi menguatkan tuduhan dan label pengganas ke atas Hamas. Ancaman roket Hamas sengaja dibesar-besarkan sedangkan statistik jelas menunjukkan penurunan mendadak jumlah roket yang dilancarkan ke arah Israel sejak gencatan senjata pasca Perang Hijaratus Sijjil pada 2012. Kalau ada pun roket yang dilancarkan, ia hanyalah serangan balas fraksi-fraksi mujahidin selain Hamas berikutan provokasi Israel.
Sebelum perang hari ini, Israel sudah lebih 200 kali mencabuli gencatan senjata yang ditandatangani pada November 2012. Dari November 2012 hingga Februari 2014, provokasi Israel telah menyebabkan 8 orang rakyat Palestin terkorban, 120 cedera, berpuluh-puluh rumah dirobohkan, tanah dirampas, ladang dimusnahkan dan sekatan ke atas keperluan harian (bahan api, air bersih, makanan, bahan binaan) diteruskan bertentangan dengan syarat-syarat gencatan senjata juga undang-undang antarabangsa.
Dengan kata lain, Israel telah lama mencabuli gencatan senjata 2012 dan menggunakan hubungan istimewanya dengan Amerika Syarikat untuk memastikan tindakannya sentiasa dibela. Pencabulan-pencabulan ini tidak mendapat perhatian pihak media kerana naratif berbeza akan dikecam sebagai antisemitik dan pro-keganasan oleh kumpulan lobi Israel. Fokus hanya diberikan kepada tindakan (baca: serangan) Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas yang mengancam keamanan mereka.
Dalam perang kali ini, Israel telah bertindak lebih kejam dengan mempermain-mainkan malah melakukan penipuan dalam waktu gencatan senjata kemanusiaan. Bermula dengan sandiwara mereka bersetuju secara unilateral dengan tawaran gencatan senjata dari pihak Mesir pada 14 Julai 2014, Israel meneruskan kelicikan mereka dengan menyerang Gaza di pinggir waktu (beberapa jam atau minit sebelum dan selepas) gencatan senjata kemanusiaan (humanitarian ceasefire) hingga menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin terkorban dalam waktu yang singkat.
Terbaru, Israel memperdaya seluruh dunia untuk menghentikan serangan selama 72 jam bermula pada 1 Ogos (5 Syawal 1435H) tetapi mereka bertindak mencabuli gencatan senjata ini seawal jam pertama atas alasan tentera mereka, Hadar Goldin diculik oleh Hamas. Bukti kemudian mengesahkan Hadar terkorban dan bukannya diculik.
Sumber:
1. It Turns Out Hamas May Not Have Kidnapped and Killed the 3 Israeli Teens After All:
http://nym.ag/UsIhlZ
2. Israel’s war on the Palestinian people in Gaza: http://bit.ly/1m0DfDx
3. Israel's Operation Protective Edge: Why now?: http://bit.ly/UY49Wt
4. Operation Protective Edge: Reading between the lines: http://bit.ly/1s8Acyi
5. Israel, not Hamas, is the serial truce-breaker: http://bit.ly/1kow48O
6. Euromid Observer for Human Rights: https://www.facebook.com/euromid
7. List of families targeted by Israeli shellings, airstrikes: http://bit.ly/1qdPv7u
8. Israel is using three internationally banned weapons in Gaza: http://bit.ly/1pVajPD
9. Gaza plastic surgeons overwhelmed by war injuries: http://bit.ly/1uhtPtL
10. Israel has caused '$5 billion' damage to Gaza homes, infrastructure: http://bit.ly/1zO8xH6
11. Ceasefire ends amid intense Rafah clashes: http://bit.ly/UF5H83
12. Israel says missing soldier killed in battle, body still missing: http://bit.ly/1o8f0Kz

No comments:
Post a Comment