Wednesday 6 August 2014

Menteri kanan Britain nekad letak jawatan

Menteri kanan Britain nekad letak jawatan
Warsi meninggalkan pejabat Perdana Menteri Britain
di Downing Street pada 8 April 2014. - Foto AFP
2014/08/06 - 06:36:00 AM



LONDON: Menteri Kanan di Kementerian Luar Britain, Sayeeda Warsi, menjadi pegawai tinggi kerajaan pertama meletak jawatan semalam, berkata beliau tidak mampu lagi untuk terus menyokong dasar kerajaan berkenaan konflik antara Hamas dan Israel. Warsi, anggota Dewan Negara Britain, menjadi penduduk Islam Britain pertama berkhidmat dalam Kabinet pada 2010 tetapi kemudian diturunkan pangkat menjadi menteri kanan di Kementerian Luar dan menteri agama dan komuniti.

“Dengan rasa amat kesal dan dukacita, pagi ini saya menulis kepada Perdana Menteri dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya.

Saya tidak boleh lagi terus menyokong dasar kerajaan mengenai Gaza,” kata Warsi 43, dalam akaun Twitter rasminya.

Walaupun tidak lagi menjadi anggota penuh Kabinet, Warsi masih ada hak menghadiri mesyuarat.

Tidak dapat dipastikan dengan jelas sama ada beliau turut meletak jawatan daripada kedua-dua jawatan menterinya.

Britain berulang kali menggesa gencatan senjata di Gaza, namun Perdana Menteri David Cameron dikritik hebat pembangkang, Parti Buruh kerana enggan menggambarkan tindakan Israel sebagai tidak wajar.

Minggu lalu, Setiausaha Luar Philip Hammond, berkata keadaan di Gaza sudah tidak dapat diterima lagi.

Warsi secara terbuka menyatakan rasa tidak gembira dengan kegagalan perdana menteri untuk mengecam pencerobohan Israel ke Gaza atau pembunuha yang dilakukan rejim Zionis.

Beliau adalah wanita pertama menduduki Kabinet apabila menjadi pengerusi pertama Parti Konservatif oleh Cameron selepas Pilihan Raya Umum 2010. - REUTERS

No comments:

Post a Comment