Monday 14 July 2014

Rumah Pengurus Aqsa Syarif dibom zionis Israel


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rumah keluarga Ahmad Thabit, Pengurus Pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dibom semalam.

Aqsa Syarif di dalam facebooknya memaklumkan keseluruhan bangunan telah rosak dan tidak dapat digunakan.

Bagaimanapun tiada kehilangan ahli keluarga dilaporkan. 2 daripada mereka telah cedera.

"My big family home had been destroyed... 2 injuries.. total lost everything.. alhamdulillah akhi don't worry there are things cannot be calculated mentally... Allah give the strength"

Ahmad Thabit memainkan peranan yang sangat penting di Gaza dalam memberikan maklumat terkini dan memantau projek-projek di sana.

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Ahmad Thabit telah memaklumkan perkembangan semasa Palestin kepada wartawan-wartawan Malaysia.

Ketika mana Imam-imam Gaza tidak dapat keluar dari Gaza, beliau jugalah yang telah menjadi jurubicara Aqsa Syarif di Gaza.

Sebagai rakan sekerja, kami termotivasi untuk lebih gigih bekerja apabila melihat semangat beliau untuk terus bekerja untuk ummah walaupun keluarga beliau ditimpa musibah.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus tabah mempertahankan tanah suci bumi Palestin.

No comments:

Post a Comment