DAMSYIK 13 Julai - Seorang bayi berumur dua bulan berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 16 jam di bawah runtuhan di bandar Aleppo, setelah kawasan itu dibom tentera kerajaan.
Dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman web kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pertahanan Awam Aleppo menunjukkan tangisan bayi tersebut, Mahmud Ibildi boleh didengari daripada runtuhan bangunan tersebut.
Rakaman video yang disebarkan melalui Twitter itu turut menunjukkan anggota pasukan pertahanan awam berusaha mengangkat runtuhan batu-bata berkenaan bagi menyelamatkan bayi itu.
Seorang lelaki dapat dilihat mengangkat batu-batu dengan tangannya untuk mengelaurkan bayi itu yang menangis sebelum berjaya menyelamatkan Mahmud.
Lelaki itu kelihatan memeluk Mahmud yang dipenuhi habuk dan kepalanya berdarah.
Satu ulasan video tersebut menyebut selepas 16 jam berusaha menyelamatkan bayi itu dalam keadaan yang sukar, pasukan pertahanan awam di Ansari, selatan Aleppo berjaya mengeluarkan bayi itu dan ibunya.
Portal Daily Mail tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman video selama 30 saat tersebut atau di mana rakaman itu dibuat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140714/lu_06/Bayi-dibawah-runtuhan-diselamatkan#ixzz37OJAX43O
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment