Kanak-kanak rentung selepas terkena bedilan roket dan kini dirawat di Hospital Al-Shifa, Gaza. Foto: AFP |
GAZA - PALESTIN. Serangan selama enam hari di Genting Gaza mengakibatkan hospital di bandar itu menghadapi kekurangan bekalan perubatan.
Pengarah hospital Al-Wafa, Basman al-Ashi berkata, pusat penyimpanan perubatan dan hospital di Hospital Al-Shifa tidak dapat lagi menampung keperluan perubatan.
“Kebanyakan kematian berlaku disebabkan kekurangan peralatan perubatan dan mesin sokongan hidup. Kami telah menggunakan semua simpanan ubat dan merancang untuk membeli ubat-ubatan dari luar jika serangan berlanjutan hingga seminggu lagi,” katanya dalam laporan Press Tv.
Menurutnya, jika perang berterusan hospitalnya terpaksa menggunakan rizab sendiri bagi membeli keperluan perubatan yang sangat diperlukan.

No comments:
Post a Comment