Monday 14 July 2014

Jumlah kematian meningkat kepada 166


GAZA CITY 14 Julai - Serangan Israel ke atas Gaza semalam mengorbankan masing-masing seorang remaja dan wanita sekali gus meningkatkan jumlah kematian kepada 166 orang dalam kempen serangan udara Israel yang kini memasuki hari ke enam.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, satu serangan di utara bandar Jabaliya mengenai sebuah rumah yang mengorbankan seorang remaja lelaki berumur 14 tahun.
Kemudian diikuti dengan kematian seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah-tengah Gaza dan seorang lelaki terkorban dalam satu serbuan di Beit Hanun di utara Gaza yang mana tentera Israel telah memberi amaran bahawa pihaknya dengan ketara akan meningkatkan serangan dan menggesa penduduk untuk melarikan diri.
Tambah al-Qudra, di tempat lain didapati mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan awal telah meninggal dunia sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kematian kepada 166 manakala lebih daripada 1,000 orang cedera.- AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140714/lu_11/Jumlah-kematian-meningkat-kepada-166#ixzz37OHnHeew
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment