GAZA 14 Julai - Kira-kira 4,000 penduduk Palestin di utara Gaza berpindah meninggalkan rumah masing-masing selepas diarahkan Kementerian Pertahanan Israel (IDF) untuk berbuat demikian bermula malam semalam melalui edaran risalah yang dijatuhkan melalui udara, lapor Agensi Kerja-Kerja dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Palestin.
Tambahnya lagi, kira-kira 850 penduduk dengan kerakyatan asing telah meninggalkan Gaza melalui pintu sempadan Erez dan 300 daripadanya telah melakukannya pada awal petang semalam.
Pengarah operasi UNRWA berkata, pihaknya telah membuka empat buah sekolah bagi menempatkan mangsa yang berpindah dari utara Genting Gaza. Setakat ini seramai 4,000 telah berlindung di sekolah tersebut dan jumlah itu semakin meningkat dengan pantas.
Turner berkata, UNRWA akan membuka lebih banyak sekolah untuk menempatkan mangsa jika perlu, namun jelasnya sekolah UNRWA mampu menempatkan 35,000 orang. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140714/lu_10/4000-penduduk-Gaza-berlindung-di-sekolah-UNRWA#ixzz37OHyWCtl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment