GAZA: Serangan tentera zionis Israel yang masuk hari ketujuh pada Ahad semalam membunuh 30 lagi rakyat Palestin menjadikan jumlah keseluruhan syahid setakat ini meningkat kepada 172 orang.
Dari jumlah itu, 36 adalah kanak-kanak, sembilan dewasa dan 24 wanita.
Selain itu, jumlah yang cedera juga kini mencecah 1260 orang manakala 233 kediaman musnah.
Dalam apada itu, tentera Hamas, Brigade al-Qassam terus melancarkan serangan balas ke bandar-bandar zionis.
Roket-roket al-Qassam jenis “R160” dan jenis “M75” berjaya menggempur kota Haifa di wilayah utara zionis di kota Jerussalem.
Roket-roket tersebut mampu menjangkau jarak dan kota-kota zionis yang belum pernah terjadi dalam serangan al-Qassam sebelumnya termasuk kawasan Qisariyah dan daerah Laut Mati
Pusat nuklear zionis, Dimona serta bandar tentera Ramon turut berjaya digempur al-Qassam.
Semalam juga, untuk pertama kalinya Komando Brigade al-Qassam berjaya menyerbu pangkalan Angkatan Laut Zionis di Zakim meledakkan terowong bawah tanah di kem Karem Abu Shalem tentera zionis.
Sehingga kini, tiada kematian direkodkan di Israel akibat serangan al-Qassam. - HARAKAHDAILY 14/7/2014
No comments:
Post a Comment