Tentera Israel mula memasuki kawasan sempadan dari semua penjuru sebelum melakukan gempuran besar-besaran di Gaza. Foto: AFP |
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Komando laut Israel Shayetet 13 (Flotilla 13) melancarkan serangan darat pertama semalam di Genting Gaza sejak serangan terhadap Hamas dimulakan.
Radio awam Israel melaporkan, serangan singkat itu disasarkan ke lokasi pelepasan roket milik Hamas sebelum mereka beredar semula.
Pasukan tentera Hamas mengesahkan, kejadian itu turut mencetuskan tembak menembak dengan pejuang Palestin.
Seorang jurucakap tentera kemudian mengesahkan, empat tentera Israel cedera sepanjang operasi itu.
“Kami berbalas tembakan yang dimulakan oleh pengganas di lokasi serangan. Empat askar Israel cedera, kami tidak akan mengulas lanjut mengenai serangan itu,” katanya.
Sementara itu, sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam mengesahkan berlaku tembak menembak antara pejuangnya dan tentera Zionis yang cuba untuk memasuki zon Sudanyia di barat laut Gaza.
Sejak pertempuran besar-besaran Selasa lalu, ini adalah serangan darat pertama dilancarkan tentera Israel di Gaza.
Israel siap sedia
Komander tentera Israel, Benny Gantz melaporkan, tenteranya bersedia bertindak dan menghantar kereta perisai dan tentera darat sebagai persediaan melakukan serangan besar-besaran bermula di utara Gaza.
Persiapan ini adalah langkah sama yang pernah dilakukan ketika perang lapan hari pada 2008 iaitu mereka mengambil masa dua minggu untuk melakukan persiapan sebelum serangan mega dilakukan.
“Kami sedang gigih melakukan persiapan akhir dan bersedia untuk menyerang seluas mana yang diperlukan untuk menakluki wilayah Gaza. Semua askar sudah bersedia jika diperlukan di mana-mana lokasi,” kata Gantz.
Menurutnya, jumlah askar yang bersiap sedia adalah antara 33,000 ke 40,000 dengan separuh daripadanya berjumlah 20,000 adalah pasukan simpanan yang telah pun digerakkan.
Netanyahu suarakan ugutan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa Israel telah melakukan serangan lebih daripada 1,000 sasaran dalam tempoh empat hari pertama.
"Masih banyak lagi lokasi untuk diserang. Kami akan memperluaskan lagi serangan udara dan menimbang semua beberapa bentuk serangan yang boleh. Kami juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan jika ada pihak negara asing tampil untuk membantu Gaza," katanya.
Sejak tiga hari lalu, Netanyahu konsisten menyuarakan beliau tidak akan berundur atau berbincang dengan mana-mana pihak untuk melakukan gencatan senjata apatah lagi menghentikan serangan.
Rancangan Amerika Syarikat (AS) dan Mesir untuk menjadi perantaraan gencatan senjata juga tidak dilayan.

No comments:
Post a Comment