Monday 14 July 2014

Tiga roket misteri dilancar dari Lebanon ke Israel


BAITULMUQADDIS 14 Julai - Kira-kira tiga serang roket dilancarkan dari selatan Lebanon ke wilayah Israel malam kelmarin sekali gus menjadikan ia serangan kedua dilancarkan dari negara Mediterraean itu sejak tentera Israel menyerang Palestin di Genting Gaza.
Roket itu mendarat di Nahariya iaitu sebuah kawasan penduduk di tepi pantai iaitu 10 kilometer dari sempadan Lebanon.
Pihak berkuasa Lebanon dan kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggeledah kawasan tersebut namun masih tidak menemui kawasan pelancaran dan nama kumpulan militan yang bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.
Israel bagaimanapun bertindak-balas dengan menembak meriam ke dalam kawasan yang disyaki menjadi lokasi pelancaran di Zebqin dan Qulayleh.
Akhbar Lubnan Daily Star berkata, terdapat dua kem-kem pelarian Palestin di wilayah tersebut yang dipercayai menjadi lokasi tapak pelancaran roket berkenaan. Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140714/lu_12/Tiga-roket-misteri-dilancar-dari-Lebanon-ke-Israel#ixzz37OHX8Vo3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment