Monday 14 July 2014

Angka korban serangan Israel di Gaza cecah 165 orang



REUTERS
SEORANG wanita melawat saudaranya yang cedera dalam serangan udara Israel di sebuah hospital di Bandar Gaza kelmarin.


GAZA - Serangan Israel ke atas Gaza meragut nyawa seorang remaja lelaki dan seorang wanita semalam, kata sumber perubatan manakala angka korban keselruuhan sepanjang enam hari serangan udara rejim Zionis kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 165 orang.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, satu serangan udara yang di bandar Jabaliya, utara Gaza menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut.
Serangan kedua selepas itu meragut nyawa seorang wanita di kem Maghazi di pusat bandar Gaza.
Di beberapa tempat lain, seorang lelaki yang cedera dalam satu serangan udara lebih awal meninggal dunia akibat luka yang dialaminya sekali gus menjadikan angka kecederaan meningkat kepada 165 orang.
Pada masa yang sama, lebih 1,000 orang cedera sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza Selasa lalu.
Dalam pada itu, beberapa saksi di bandar Rafah, selatan Gaza turut melaporkan melihat beberapa lelaki bersenjata membunuh seorang lelaki di tengah jalan di Bandar Gaza kelmarin.
Mereka percaya lelaki itu dibunuh kerana dia disyaki menjadi tali barut Israel.
Kelmarin juga merupakan hari paling berdarah apabila sebanyak 52 orang maut dibedil rejim Zionis.
Serangan udara paling sengit ke atas Gaza berlaku menjelang tengah malam (waktu tempatan) di daerah Tuffah yang meragut 18 nyawa.
"Bedilan Israel itu turut mengenai rumah ketua polis Gaza, Taysir al-Batsh dan sebuah masjid," kata sumber perubatan.
Menurut sumber sama, Tayseer terselamat tetapi keadaannya dilaporkan kritikal dalam serangan tersebut yang turut menyebabkan 50 orang cedera.
Israel melancarkan operasi ketenteraan menjelang Subuh pada Selasa lepas untuk menghentikan bedilan roket Hamas dari Gaza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz37OOp8RkX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment